April 1, 2009

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Rasulullah s.a.w telah bersabda mengenai balasan orang yang
Meninggalkan solat yang bermaksud:

“ Sesiapa yang mengambil mudah akan sembahyang Allah
akan menghukumnya dengan 15 hukuman, 6 daripada
nya di dunia, 3 ketika hendak meninggal dunia, 3 ketika
di dalam kubur dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur.”

Adapun hukuman yang ditimpa ketika di dunia ialah:
1)Allah akan menarik keberkatan dari umumnya.
2)Dihilangkan tanda-tanda orang yang soleh daripada wajahnya.
3)Semua amal kebajikannya tidak diberi ganjaran oleh Allah.
4)Allah tidak akan mengangkat doanya ke langit
5)Allah tidak akan mensucikannya (memuliakannya)
6)Dia tidak mendapat bahagian daripada doa orang-orang soleh.

Hukuman yang diterimanya ketika hendak meninggal dunia ialah :
1)kematiannya dalam keadaan hina
2)kematiannya dalam keadaan terlalu lapar
3)kematiannya dalam keadaan terlalu haus.

Hukuman yang diterimanya semasa dalam kubur:
1)Allah akan menyempitkan kuburnya sehingga berselisih tulang rusuknya.
2)Allah akan menyalakan bara api dan membalik-balikkannya di atas bara tersebut.
3)Allah akan menugaskan 2 malaikat yang ganas, mereka akan memukul orang yang melalaikan Subuh dari Waktu Subuh hingga ke Zohor dan dari Zohor hingga ke Asar. Begitulah dari satu waktu ke satu waktu setiap kali pukulan akan membenamkannya ke dalam bumi sejauh 70 hasta. Mereka akan memasukkan kukunya ke dalam bumi dan mengeluarkannya semula. Mereka tidak akan berhenti memukul sehingga hari Qiamat.

Adapun balasan yang mereka terima pada hari Qiamat ialah:
1)Allah akan menugaskan 2 malaikat untuk menarik ke atas mukanya ke suatu tempat.
2)Allah akan melihat mereka dengan pandangan kemurkaan/benci sehingga berguguran daging mukanya. Mereka juga akan dihisab dengan teliti dan lama.
3)Mereka akan ditolak di hadapan Allah ke Neraka.

Orang yang meninggalkan solat juga akan mempunyai Paras rupa yang hitam di Hari Qiamat kelak.Ini jugaAdalah balasan dari Allah untuk menghina mereka.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“orang yang pertama sekali dihitamkan oleh Allah Wajahnya di hari Qiamat adalah orang yang meninggalkan sembahyang.”

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:

“Di dalam neraka jahanam terdapat sebuah lembah yang Dikenali
sebagai Lembah Derita.Di dalamnya terdapat beberapa ekor ular.Setiap ekor ular Sebesar tengkuk Unta.Panjangnya sebulan perjalanan.Ia akan mematuk orang yang meninggalkan sembahyang.Racun Patukannya akan memuncak sehingga tubuh yang kena patukan akan merasai bisa selama 70 tahun.Daging-dagingnya akan hancur sehingga meninggalkan tulang-tulang sahaja.Ia akan terus mematuk orang yang meninggalkan sembahyang di lembah tersebut.”

Demikianlah azab dan penderitaan yang semestinya mereka terima.Terlalu banyak bentuk azab yang sedang menanti orang yang
meninggalkansolat. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengerjakan
ibadat solat dengan tekun dan taat.

No comments:

Post a Comment