Imam Seri Minyak

Imam Masjid Al Abrar, Kg Seri Minyak Umbai Merlimau Melaka.

November 5, 2009

Do'a

di 1:27 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

MEMAKMURKAN MASJID

Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain kepada Allah, maka mereka lah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
Al Taubah: 18

MASJID SERI MINYAK

MASJID SERI MINYAK

SEMBAHYANG BERJEMAAH

Ibnu abbas r.a menceritakan bahawa Rasulullah saw bersabda : kalau seseorang tidak pergi ke masjid padahal ia mendengar azan (dan lebih suka bersolat dirumah) tanpa sebarang uzur syarie yang kuat maka solatnya tidak diterima . Apabila para sahabat bertanya apakah uzur syarie yang kuat itu, maka Rasulullah saw menjawab “ ketakutan dan Sakit “

Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Hibban Dan Ibnu Majah.

SEJARAH MASJID SERI MINYAK

Kampung Seri Minyak pada asalnya terletak di dalam Kampung Umbai dan dikenali dengan nama Solok Minyak, Pada tahun 1991 penduduk Kg Seri Minyak memohon mendapatkan kampung yang berasingan dengan kampung Umbai dan perkara ini mendapat perhatian daripada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) . Pada penghujung tahun 1991 Kg Seri Minyak telah dipersetujui oleh kerajaan Negeri Melaka melalui JAIM sebagai sebuah kampung baru. Surau Seri Minyak barat telah digunakan sebagai Masjid sementara .

Pada penghujung tahun 1992, Puan Hajah Maimunah bt.Mahadi telah mewakafkan sebidang tanah untuk dijadikan tapak Masjid Baru. Dengan peruntukan kerajaan sebanyak RM220,000 dan derma dari anak kariah dan sumbangan orang ramai, peruntukan bertambah sebanyak RM80,000 menjadikan jumlahnya RM300,000. Maka tertunailah hajat penduduk Kg Seri Minyak untuk mendapatkan Masjid dan kariah.

Setelah siap dibina, pada hari Jumaat 23 September 1993 Masjid Seri Minyak ini telah mula digunakan .

Terima Kasih kepada semua yang terlibat.

UKHWAH ISLAMIAH

My photo
imam seri minyak
Jasin, Melaka, Malaysia
View my complete profile

SANTAPAN ILMU

TETAMU

ITBA'

SELAMAT BERKUNJUNG

Watermark theme. Powered by Blogger.